Sunday, February 23, 2014

Family Mockup Album : Majlis Kesyukuran dan Marhabban - Izni Izz Zikri (2014)


Terima kasih kepada Pn. Jue dan En. Izzamuddin atas kepercayaan kepada saya untuk menerbitkan sebuah lagi album keluarga mereka. Kepercayaan ini saya akan jadikan semangat dan iltizam untuk saya maju ke hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada mereka.

Tuesday, February 18, 2014

TIPS FOTOGRAFI : Elakkan mengambil foto ketika subjek sedang makan.

Salam...

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tips yang saya perolehi dan praktiskan sepanjang sesi fotografi. Dahulu ketika di awal penglibatan, perkara ini belum lagi satu ketahui ... saya sering merakamkan foto-foto secara kandid ataupun terancang ketika majlis perkahwinan atau majlis makan tertentu. Ini adalah kesilapan saya kerana kekurangan ilmu, pengalaman dan maklumat ketika itu.

Sebenarnya, subjek tidak menggemari foto dirakam ketika makan atau yang seumpamanya. Biasanya subjek akan cuba berlindung atau mengelak daripada foto mereka dirakam ketika waktu tersebut. Ini jelas terbukti, daripada pemerhatian saya kepada foto-foto lama saya ... terserlah  kebenarannya. Kebiasaannya foto yang diambil ketika itu akan menunjuk beberapa kecatatan atau dalam erti kata sebenarnya.."tidak manis dipandang".

Saya pernah diminta untuk merakamkan secara kandid suasana ketika tetamu sedang menjamu selera. Untuk menjaga sensitiviti ini, saya menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengamatan bagi memastikan foto yang dirakamkan sesuai untuk dipertontonkan. Disinilah pengamatan dan pemasaan (timing) yang tepat perlu dilakukan.

Sebagai fotografer yang prihatin dan bertanggungjawab...seharusnya kita dapat menjaga sensitiviti ini. Dengan sikap ini, ia mampu mewujudkan perhubungan yang baik antara fotografer and mereka di sekeliling anda.

Ini adalah permulaan, banyak lagi yang boleh saya kongsikan kepada anda daripada masa ke semasa. Terima kasih dan selamat beramal. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

Rizal Abd Wahab
Meet me at www.facebook.com/rixalphotography

Monday, February 17, 2014

Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014 @ MATC KLIA.







Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah melaksanakan dengan jayanya program Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014 yang berlangsung di Malaysia Airports Training Center (MATC), KLIA. Kerjasama yang erat antara semua tetamu dan penganjur telah memberikan perjalanan yang baik sepanjang aturcara.

Bersama ini disertakan beberapa rakaman foto untuk perkongsian bersama. Terima kepada rakan jurugambar saya, En. Yusri yang bersama-sama menyumbangkan keringat dan idea sepanjang aturcara dijalankan. Klik di sini untuk FREE PHOTO dan untuk interaksi pantas, anda boleh capai ke www.facebook.com/rixalphotography.

Friday, February 14, 2014

Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014

Salam, terima kasih kepada pihak pengurusan yang memilih kami sebagai jurugambar rasmi bagi aturcara Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014. Majlis makan malam ini akan berlangsung pada 14hb Februari 2014 dan bertempat di Malaysia Airport Training Center (MATC), KL International Airport.

Nantikan foto-foto menarik yang bakal kami rakamkan. Semoga terhibur. Sekian, terima kasih.

Sunday, December 29, 2013

Majlis Walimatul Urus Pn Siti Jamilah & Khairol . Dapatkan FREE PHOTO semasa majlis berlangsung.

Salam,

Pengantin : Siti Jamilah & Khairol
Lokasi      : RPT Limau Kasturi 2, Gua Musang, Kelantan.
Tarikh      : 19 & 20 Disember 2014.

Tahniah kepada pasangan pengantin Pn. Siti Jamilah & En. Khairol. Terima kasih juga kerana memilih saya sebagai jurugambar rasmi majlis. Peluang dan ruang ini tidak saya lepaskan untuk memberikan pulangan yang terbaik sebagai tanda komitmen dan kepercayaan pihak kalian.

Sebagai tanda cenderahati kepada pelanggan saya, tuan puan boleh klik pautan FREE PHOTO untuk mendapatkan koleksi foto semasa majlis walimatus urus tempoh hari. Ianya ada percuma untuk anda muat turun.

Saya akan memasukkan beberapa foto pilihan daripada semasa ke semasa. Untuk tontonan awal, tuan-puan boleh merujuk kepada www.facebook.com/rixalphotography .



 
 
Terima kasih kepada semua.

Rizal Ibnuwahab@rixalphotography
Photographer & Graphic Designer
HP: 012-395 6042
Disember 2013
 

Sunday, December 15, 2013

Home Studio : Amni Wafa & Amni Amani (Dec 2013)

Salam, sessi home studio bersama dengan Amni Wafa & Amni Amani pada petang Sabtu, 14 Disember 2013. Photo ini sempat dirakamkan sebelum si Kakak bersiap sedia untuk majlis persembahan konvokesyen Tadika Cerdik Alwani, Kota Warisan yang bertempat di Dewan Veteriner, Taman Ixora Salak Tinggi.

Sempat juga saya membentangkan set Home Studio bagi memastikan saat bersama ini tidak terlepas begitu sahaja. Si Adik terlebih dahulu teruja dengan persediaan si Kakak yang bangun awal pagi untuk majlis di petang hari. Itulah ragam anak-anak kecil kita dalam sehari-hari.

Thursday, November 7, 2013

Koleksi photo berkumpulan KONTIJEN SUKAN MAHB 2012 @ USIM NILAI, Negeri Sembilan.

Salam, dapatkan foto berkumpulan untuk kesemua kontijen sukan bagi Temasya Sukan MAHB 2012. Ianya percuma untuk simpanan anda. Kenangan bersama sukar untuk dilupakan. Dapatkan segera dalam masa yang terhad ini. Sekian, terima kasih.

Klik di sini ..... FREE FOTO SUKAN MAHB 2012 @ USIM NILAI, NEGERI SEMBILAN.


Popular Posts