Sedang dikemaskini. Harap Maklum.
Tuesday, March 18, 2014
Thursday, March 13, 2014
Rixal Photography kini bernaung di bawah Hit Media Enterprise
Salam, terima kasih atas masa berharga anda. Syukur pada Allah S.W.T yang mengizinkan dan memudahkan urusan saya untuk mendaftarkan "HIT MEDIA ENTERPRISE" sebagai sebuah syarikat yang sah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Semoga usaha ini akan membawa saya dan rakan-rakan seperjuangan melangkah lebih jauh dalam industri photography dan pelbagai bidang lain.
InsyaAllah, proses upgrading daripada Rixal Photography Services kepada HIT MEDIA PHOTOGRAPHY SERVICES akan dijalankan secara berperingkat. Proses ini perlu dilakukan bagi menjaga mutu perkhidmatan agar lebih efisyen dan diyakini ramai.
Sekian, terima kasih atas sokongan anda.
Rizal Abd Wahab
HIT MEDIA ENTERPRISE
13 Mac 2014

Thursday, March 6, 2014
Info : Set Mock-up Album untuk album perkahwinan atau album keluaga/family album
Salam,
Terima kasih kerana melawat blog rixalphotography. Oleh kerana terdapat permintaan tinggi terhadap Set Mock-up Album, maka saya kan menerangkan dengan sebaik mungkin apa yang terkandung di dalam set ini. Secara umumnya ia adalah set yang merupakan pakej mampu milik dan sering saya jadikan sebagai pelengkap kepada kombinasi album lain. Untuk makluman anda, set ini bukan sahaja untuk set photography perkahwinan...malahan ia boleh dijadikan album keluarga dan pelbagai lagi majlis lain.
Mock-up album adalah satu penambahbaikan daripada set sticky album ready made yang mana kita boleh mendapatkan pelbagai ready made album di pasaran luar. Tetapi jika dibandingkan perbezaannya, jelas ketara Mock-up Album mempunyai daya tarikan tersendiri. Ini terbukti dengan kelainan yang ada pada album ini. Ia didatangkan dengan customize cover album dan black refill yang memberikan ciri ekslusif. Kebiasaan album ready made menggunakan white refill yang agak nipis dan tampak biasa. Bagi tawaran umum, kesemua set mockup didatangkan dengan 40 mukasurat "black refill". Sekiranya ada inginkan penambahan mukasurat, hal ini tidaklah mustahil. Untuk itu anda boleh memuatkan lebih foto didalamnya.
Apa yang menjadikan ia mock-up album adalah kerana ia merupakan set yang menawarkan rekaan photography sepenuhnya pada cover album samada belakang atau hadapan. Ini menjadikan album ini hak milik peribadi yang tidak ada persamaan di pasaran.
Terdapat tiga saiz utama yang dapat saya tawarkan, iaitu saiz 13x13 inci dengan bukaan album selebar 13x26 inci. Set ini boleh memuatkan sebanyak 80 keping foto 4R, namun begitu ianya boleh dimaksimumkan kepada 120 keping foto 4R dengan susunan 3 keping 4R untuk setiap satu muka surat.
Manakala, bagi saiz medium pula adalah berukuran 10x15 inci, ataupun dengan bukaan album selebar 10x30 inci. Ia boleh menampung sejumlah 120 keping 4R dan jika dimaksimakan dengan susunan yang teratur, ia mampu memuatkan 160 hingga 200 keping foto 4R. Untuk pengetahuan anda, set medium ini adalah merupakan set paling laris dan berpatutan.
Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih padat, set album bersaiz 14x15 dengan bukaan selebar 14x30 inci adalah jawapannya. Ia mampu memuatkan sebanyak 320 keping foto 4R jika disusun secara terancang. Namun begitu, bagi mengekalkan kualiti pandangan mata...set ini datang dengan 200 keping foto 4R.
Tetapi, itu adalah tetapan asal yang ditawarkan...anda bebas membuat customization dengan susunan dan kombinasi foto pelbagai saiz. Set 13x13 inci mampu memuatkan foto bersaiz 10R bagi satu-satu mukasurat. Manakala, set 10x15 boleh memuatkan 8R kerana keterbatasan ruang album tetapi boleh dikombinasikan dengan foto bersaiz kecil yang lain. Bagi set 14x15, anda ada pilihan yang lebih jauh dimana anda boleh memuatkan foto sebesar 11R.
Cukup sekadar ini, diharapkan dengan info yang sebegini dapat memberi gambaran kepada anda. Sekiranya anda ingin bertanya atau mendapatkan info lanjut. Akan saya cuba sampaikan ...dan sekiranya ingin melihat sendiri, anda boleh menghubungi saya untuk temujanji.
Sekian, terima kasih.
Rizal Abd Wahab
Like my fanpage at www.facebook.com/rixalphotography

Contoh Family Album, 10x15 inci

Muka hadapan
Muka belakang
Apa yang menjadikan ia mock-up album adalah kerana ia merupakan set yang menawarkan rekaan photography sepenuhnya pada cover album samada belakang atau hadapan. Ini menjadikan album ini hak milik peribadi yang tidak ada persamaan di pasaran.
Rekaan photography muka hadapan
Rekaan photography muka belakang
Terdapat tiga saiz utama yang dapat saya tawarkan, iaitu saiz 13x13 inci dengan bukaan album selebar 13x26 inci. Set ini boleh memuatkan sebanyak 80 keping foto 4R, namun begitu ianya boleh dimaksimumkan kepada 120 keping foto 4R dengan susunan 3 keping 4R untuk setiap satu muka surat.
Manakala, bagi saiz medium pula adalah berukuran 10x15 inci, ataupun dengan bukaan album selebar 10x30 inci. Ia boleh menampung sejumlah 120 keping 4R dan jika dimaksimakan dengan susunan yang teratur, ia mampu memuatkan 160 hingga 200 keping foto 4R. Untuk pengetahuan anda, set medium ini adalah merupakan set paling laris dan berpatutan.
Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih padat, set album bersaiz 14x15 dengan bukaan selebar 14x30 inci adalah jawapannya. Ia mampu memuatkan sebanyak 320 keping foto 4R jika disusun secara terancang. Namun begitu, bagi mengekalkan kualiti pandangan mata...set ini datang dengan 200 keping foto 4R.
Tetapi, itu adalah tetapan asal yang ditawarkan...anda bebas membuat customization dengan susunan dan kombinasi foto pelbagai saiz. Set 13x13 inci mampu memuatkan foto bersaiz 10R bagi satu-satu mukasurat. Manakala, set 10x15 boleh memuatkan 8R kerana keterbatasan ruang album tetapi boleh dikombinasikan dengan foto bersaiz kecil yang lain. Bagi set 14x15, anda ada pilihan yang lebih jauh dimana anda boleh memuatkan foto sebesar 11R.
Cukup sekadar ini, diharapkan dengan info yang sebegini dapat memberi gambaran kepada anda. Sekiranya anda ingin bertanya atau mendapatkan info lanjut. Akan saya cuba sampaikan ...dan sekiranya ingin melihat sendiri, anda boleh menghubungi saya untuk temujanji.
Sekian, terima kasih.
Rizal Abd Wahab
Like my fanpage at www.facebook.com/rixalphotography
Sunday, February 23, 2014
Family Mockup Album : Majlis Kesyukuran dan Marhabban - Izni Izz Zikri (2014)
Tuesday, February 18, 2014
TIPS FOTOGRAFI : Elakkan mengambil foto ketika subjek sedang makan.
Salam...
Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tips yang saya perolehi dan praktiskan sepanjang sesi fotografi. Dahulu ketika di awal penglibatan, perkara ini belum lagi satu ketahui ... saya sering merakamkan foto-foto secara kandid ataupun terancang ketika majlis perkahwinan atau majlis makan tertentu. Ini adalah kesilapan saya kerana kekurangan ilmu, pengalaman dan maklumat ketika itu.
Sebenarnya, subjek tidak menggemari foto dirakam ketika makan atau yang seumpamanya. Biasanya subjek akan cuba berlindung atau mengelak daripada foto mereka dirakam ketika waktu tersebut. Ini jelas terbukti, daripada pemerhatian saya kepada foto-foto lama saya ... terserlah kebenarannya. Kebiasaannya foto yang diambil ketika itu akan menunjuk beberapa kecatatan atau dalam erti kata sebenarnya.."tidak manis dipandang".
Saya pernah diminta untuk merakamkan secara kandid suasana ketika tetamu sedang menjamu selera. Untuk menjaga sensitiviti ini, saya menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengamatan bagi memastikan foto yang dirakamkan sesuai untuk dipertontonkan. Disinilah pengamatan dan pemasaan (timing) yang tepat perlu dilakukan.
Sebagai fotografer yang prihatin dan bertanggungjawab...seharusnya kita dapat menjaga sensitiviti ini. Dengan sikap ini, ia mampu mewujudkan perhubungan yang baik antara fotografer and mereka di sekeliling anda.
Ini adalah permulaan, banyak lagi yang boleh saya kongsikan kepada anda daripada masa ke semasa. Terima kasih dan selamat beramal. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih.
Rizal Abd Wahab
Meet me at www.facebook.com/rixalphotography

Monday, February 17, 2014
Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014 @ MATC KLIA.
Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah melaksanakan dengan jayanya program Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014 yang berlangsung di Malaysia Airports Training Center (MATC), KLIA. Kerjasama yang erat antara semua tetamu dan penganjur telah memberikan perjalanan yang baik sepanjang aturcara.
Bersama ini disertakan beberapa rakaman foto untuk perkongsian bersama. Terima kepada rakan jurugambar saya, En. Yusri yang bersama-sama menyumbangkan keringat dan idea sepanjang aturcara dijalankan. Klik di sini untuk FREE PHOTO dan untuk interaksi pantas, anda boleh capai ke www.facebook.com/rixalphotography.
Friday, February 14, 2014
Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014
Salam, terima kasih kepada pihak pengurusan yang memilih kami sebagai jurugambar rasmi bagi aturcara Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014. Majlis makan malam ini akan berlangsung pada 14hb Februari 2014 dan bertempat di Malaysia Airport Training Center (MATC), KL International Airport.
Nantikan foto-foto menarik yang bakal kami rakamkan. Semoga terhibur. Sekian, terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Salam Aidil Adha, Hari ini sambil membelek web www.mudah.com.my , terlintas satu iklan berkenaan perkhidmatan photobooth semasa sessi majl...
-
Salam, terima kasih kerana melawat blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi tips-tips mengambil gambar berkumpulan berdasarkan pengalaman say...
-
Salam, Terima kasih kerana melawat blog rixalphotography. Oleh kerana terdapat permintaan tinggi terhadap Set Mock-up Album, maka saya ka...
-
Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah melaksanakan dengan jayanya program Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014 yang ...
-
Salam, dapatkan foto berkumpulan untuk kesemua kontijen sukan bagi Temasya Sukan MAHB 2012. Ianya percuma untuk simpanan anda. Kenangan bers...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, tahniah kepada pihak pengurusan tadika cerdik alwani yang berjaya menganjurkan sukaneka Tadika Cerdik A...
-
Salam, sessi home studio bersama dengan Amni Wafa & Amni Amani pada petang Sabtu, 14 Disember 2013. Photo ini sempat dirakamkan sebelum ...
-
Tahniah kepada Pn. Nur Nazifah yang telah berjaya mendapatkan PHD beliau. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya...