Sunday, October 27, 2013

Night Photography : Putrajaya





Dinner MAHB 2013 : Malam bertemakan Bolly Glitz

Selesai sessi pengambaran outdoor convocation photography untuk Puan Nasifah, kami bergegas untuk menghadirkan diri untuk makan malam MAHB 2013. Kamera tak ditinggalkan ....sempat juga kami merakamkan beberapa gambar kenangan. Terima kasih MAHB.
 
 
 
 

 
 

 



 











 
 
 

Outdoor Convocation Photography : Puan Nur Nazifah


Tahniah kepada Pn. Nur Nazifah yang telah berjaya mendapatkan PHD beliau. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi seterusnya. Sessi pengambaran sekitar Putrajaya bertarikh 26 Oktober 2013 (Sabtu). Sessi pengambaran kali ini dibantu oleh En. Yusri.




 
 







 

Thursday, October 24, 2013

DIY : Home Sudio Photography

Salam, cuti hari Ahad 20th November 2013 dah berlalu. Semua peralatan telah dijumpai samada kedai hardware ataupun kedai kamera. Bermulanya aktiviti DIY Home Studio yang pertama.





Anak-anak tersayang sedia membantu Abahnya. Biarle ...takde menggangu pun. Sebab terfikir nanti bila depa dah besar....mungkin dah tak nak tolong buat keje-keje merapu cam ni. Yang kecil pun nak tolong pasang juga. Anak Abah sungguh depa ni.


 


Bahagian demi bahagian sudah siap dipasang. Kini proses pemasangan kain backdrop, saiz DIY backdrop ini saya setting kepada 5 kaki lebar dan 5 kaki tinggi, lebar boleh extend lagi 5 kaki dengan menggunakan straight join sockect.



Masa untuk testing...




Em...kualiti kurang memuaskan...jadilah untuk sesaja seronok buat DIY Backdrop Stand..ada goyang sikit dan kalau nak guna kat rumah bolehlah...tapi nak carry untuk Photography Jobs....rasa cam takbleh lagi. Kena ada banyak improvement.


 



Wednesday, October 16, 2013

Idea : Photobooth untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi, cukur jambul dan lain-lain.

Salam Aidil Adha,

Hari ini sambil membelek web www.mudah.com.my, terlintas satu iklan berkenaan perkhidmatan photobooth semasa sessi majlis sedang berlangsung. Satu idea menarik yang telah dilakukan oleh rakan-rakan photographer kita. Tahniah kepada mereka yang memulakan idea ini.



Dalam kesibukan pengantin atau tuan rumah melayan tetamu, mungkin agak sukar untuk tetamu untuk mendapat kesempatan merakamkan saat-saat manis dan kedatangan mereka bersama anda. Untuk itu, kesempatan bergambar bersama ahli keluarga dan rakan adalah amat berharga dan rugi dilepaskan. Dengan kewujudan photobooth ini, ini dapat memberi peluang kepada tetamu anda untuk bergambar bersama-sama.

 


Photobooth kebiasaannya akan menyediakan pelbagai props (peralatan dan hiasan untuk sessi photography) yang boleh digunakan. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi mod kegembiraan dalam majlis berkenaan. Tetamu, rakan taulan dan saudara-mara bebas menggayakan props berkenaan mengikut gaya, telatah dan suasanan majlis anda.

Daripada imbasan saya melalui mudah.com.my, rata-rata harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah sekitar RM250 hingga RM450 bergantung kepada props yang digunakan. Sila lihat contoh dibawah untuk props yang biasa digunapakai semasa sesi photography.



InsyaAllah, saya juga akan menyediakan perkhidmatan ini suatu hari nanti. Pengumpulan maklumat dan idea akan saya tambahkan daripada semasa ke semasa. Penyediaan props yang terbaik dan menepati kehendak pelanggan akan diutamankan. Sehingga berjumpa lagi dan terima kasih atas sokongan anda.

Wednesday, October 2, 2013

Tips : Wedding Photography (Knowledge Sharring Session)

 
Artikel menarik sesuai kepada mereka yang mendapatkan maklumat berkenaan foto perkahwinan. Sekiranya anda sebagai pengantin, mungkin ini boleh membantu anda untuk lebih memahami akan peranan jurugambar. Kepada rakan photographer, artikel ini memberi maklumat kepada akan kehendak pelanggan kepada perkhidmatan yang kita berikan. Sekian, terima kasih.

Popular Posts