Tuesday, September 24, 2013

Sukaneka Tadika Cerdik Alwani Kota Warisan, bertempat di Marry Brown Bandar BaruSri Sendayan : 21 September 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera, tahniah kepada pihak pengurusan tadika cerdik alwani yang berjaya menganjurkan sukaneka Tadika Cerdik Alwani Kota Warisan pada 21 September 2013 bertempat di Marry Brown Bandar Baru Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Walaupun dengan masa yang terbatas, acara dapat dilangsungkan dengan sebaik mungkin. Kelihatan kerjasama yang erat antara guru-guru, murid-murid dan juga ibu-bapa peserta yang menjadikan sambutan sukaneka ini lebih ceria dan berjaya. Tahniah kami ucapkan.

Dikesempatan ini, sempat saya merakamkan aksi-aksi sepontan guru-guru, murid-murid dan ibu-bapa yang hadir pada hari tersebut. Saya juga hadir sebagai bapa kepada anak perempuan saya yang berusia 5 tahun di sekolah tadika tersebut. Bersama ini saya serta sedikit foto untuk tatapan bersama, maafkan saya jika kualiti gambar kurang memuaskan. Untuk mendapatkan gambar berkualiti tinggi (untuk cetakan kertas) boleh hubungi saya melalui telefon atau email saya. Saya akan memberikannya secara PERCUMA.

Untuk melihat foto yang selebihnya sila klik di sini : FREE FOTO SUKANEKA TADIKA CERDIK ALWANI KOTA WARISAN

Sekian, terima kasih. Semoga Tadika Cerdik Alwani Kota Warisan akan lebih berjaya dan mendapat kepercayaan ramai dimasa hadapan. Daripada Rizal Ibnuwahab, September 2013.



 

 


 




 



 






No comments:

Post a Comment

Popular Posts