Wednesday, October 16, 2013

Idea : Photobooth untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi, cukur jambul dan lain-lain.

Salam Aidil Adha,

Hari ini sambil membelek web www.mudah.com.my, terlintas satu iklan berkenaan perkhidmatan photobooth semasa sessi majlis sedang berlangsung. Satu idea menarik yang telah dilakukan oleh rakan-rakan photographer kita. Tahniah kepada mereka yang memulakan idea ini.



Dalam kesibukan pengantin atau tuan rumah melayan tetamu, mungkin agak sukar untuk tetamu untuk mendapat kesempatan merakamkan saat-saat manis dan kedatangan mereka bersama anda. Untuk itu, kesempatan bergambar bersama ahli keluarga dan rakan adalah amat berharga dan rugi dilepaskan. Dengan kewujudan photobooth ini, ini dapat memberi peluang kepada tetamu anda untuk bergambar bersama-sama.

 


Photobooth kebiasaannya akan menyediakan pelbagai props (peralatan dan hiasan untuk sessi photography) yang boleh digunakan. Ini bertujuan untuk menambahkan lagi mod kegembiraan dalam majlis berkenaan. Tetamu, rakan taulan dan saudara-mara bebas menggayakan props berkenaan mengikut gaya, telatah dan suasanan majlis anda.

Daripada imbasan saya melalui mudah.com.my, rata-rata harga perkhidmatan yang ditawarkan adalah sekitar RM250 hingga RM450 bergantung kepada props yang digunakan. Sila lihat contoh dibawah untuk props yang biasa digunapakai semasa sesi photography.



InsyaAllah, saya juga akan menyediakan perkhidmatan ini suatu hari nanti. Pengumpulan maklumat dan idea akan saya tambahkan daripada semasa ke semasa. Penyediaan props yang terbaik dan menepati kehendak pelanggan akan diutamankan. Sehingga berjumpa lagi dan terima kasih atas sokongan anda.

1 comment:

  1. Terima kasih kerana membaca Ruangan Idea ini. Sambutan hangat yang saya terima amat dihargai. InsyaAllah akan saya tambah lagi percambahan idea ini daripada masa ke semasa. Terima kasih.

    ReplyDelete

Popular Posts