Thursday, March 6, 2014

Info : Set Mock-up Album untuk album perkahwinan atau album keluaga/family album

Salam,

Terima kasih kerana melawat blog rixalphotography. Oleh kerana terdapat permintaan tinggi terhadap Set Mock-up Album, maka saya kan menerangkan dengan sebaik mungkin apa yang terkandung di dalam set ini. Secara umumnya ia adalah set yang merupakan pakej mampu milik dan sering saya jadikan sebagai pelengkap kepada kombinasi album lain. Untuk makluman anda, set ini bukan sahaja untuk set photography perkahwinan...malahan ia boleh dijadikan album keluarga dan pelbagai lagi majlis lain.

Contoh Family Album, 10x15 inci


Mock-up album adalah satu penambahbaikan daripada set sticky album ready made yang mana kita boleh mendapatkan pelbagai ready made album di pasaran luar. Tetapi jika dibandingkan perbezaannya, jelas ketara Mock-up Album mempunyai daya tarikan tersendiri. Ini terbukti dengan kelainan yang ada pada album ini. Ia didatangkan dengan customize cover album dan black refill yang memberikan ciri ekslusif. Kebiasaan album ready made menggunakan white refill yang agak nipis dan tampak biasa. Bagi tawaran umum, kesemua set mockup didatangkan dengan 40 mukasurat "black refill". Sekiranya ada inginkan penambahan mukasurat, hal ini tidaklah mustahil. Untuk itu anda boleh memuatkan lebih foto didalamnya.


 

Muka hadapan
 
 

Muka belakang



Apa yang menjadikan ia mock-up album adalah kerana ia merupakan set yang menawarkan rekaan photography sepenuhnya pada cover album samada belakang atau hadapan. Ini menjadikan album ini hak milik peribadi yang tidak ada persamaan di pasaran.


 
Rekaan photography muka hadapan
 


Rekaan photography muka belakang


Terdapat tiga saiz utama yang dapat saya tawarkan, iaitu saiz 13x13 inci dengan bukaan album selebar 13x26 inci. Set ini boleh memuatkan sebanyak 80 keping foto 4R, namun begitu ianya boleh dimaksimumkan kepada 120 keping foto 4R dengan susunan 3 keping 4R untuk setiap satu muka surat.

Manakala, bagi saiz medium pula adalah berukuran 10x15 inci, ataupun dengan bukaan album selebar 10x30 inci. Ia boleh menampung sejumlah 120 keping 4R dan jika dimaksimakan dengan susunan yang teratur, ia mampu memuatkan 160 hingga 200 keping foto 4R. Untuk pengetahuan anda, set medium ini adalah merupakan set paling laris dan berpatutan.

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih padat, set album bersaiz 14x15 dengan bukaan selebar 14x30 inci adalah jawapannya. Ia mampu memuatkan sebanyak 320 keping foto 4R jika disusun secara terancang. Namun begitu, bagi mengekalkan kualiti pandangan mata...set ini datang dengan 200 keping foto 4R.





Tetapi, itu adalah tetapan asal yang ditawarkan...anda bebas membuat customization dengan susunan dan kombinasi foto pelbagai saiz. Set 13x13 inci mampu memuatkan foto bersaiz 10R bagi satu-satu mukasurat. Manakala, set 10x15 boleh memuatkan 8R kerana keterbatasan ruang album tetapi boleh dikombinasikan dengan foto bersaiz kecil yang lain.  Bagi set 14x15, anda ada pilihan yang lebih jauh dimana anda boleh memuatkan foto sebesar 11R.






Cukup sekadar ini, diharapkan dengan info yang sebegini dapat memberi gambaran kepada anda. Sekiranya anda ingin bertanya atau mendapatkan info lanjut. Akan saya cuba sampaikan ...dan sekiranya ingin melihat sendiri, anda boleh menghubungi saya untuk temujanji.

Sekian, terima kasih.

Rizal Abd Wahab
Like my fanpage at www.facebook.com/rixalphotography












No comments:

Post a Comment

Popular Posts