Syarat & Terma

Terma & Syarat
 
Salam, syarat dan terma adalah usaha saya untuk menjaga kepentingan bersama antara anda sebagai pelanggan saya dan saya sebagai yang memberi perkhidmatan kepada anda. Semoga usaha kita berhasil dan bersama-sama mendapat manfaatnya. Perkataan Pelanggan merujuk kepada pihak anda yang menerima perkhidmatan saya. Terma Caj Perkhidmatan adalah bayaran kepada hasil kerja dan produk yang akan diterima oleh Pihak Pelanggan.  Semoga hasil usaha dan tindakan ini akan memberi manfaat kepaada semua pihak. Insya Allah.
 
Tempahan perkhidmatan
  • Bayaran deposit sebanyak RM100.00 adalah diperlukan untuk tujuan mendapatkan perkhidmatan pada tarikh majlis.
  • Deposit RM100.00 akan dipulangkan sepenuhnya sekiranya perkhidmatan dibatalkan sebelum empat (4) minggu daripada tarikh majlis.
Pengesahan perkhidmatan
  • Bayaran sebanyak 20% daripada jumlah Caj Perkhidmatan diperlukan bagi menetapkan perkhidmatan pada tarikh majlis.
  • Tempoh pengesahan adalah selewat-lewatnya empat (4) minggu daripada tarikh majlis dilangsungkan.
  • Deposit RM100.00 akan dipulangkan atau dimasukkan kedalam bayaran pengesahan perkhidmatan mengikut persetujuan pelanggan.
Perkhidmatan Semasa Tarikh Majlis
  • Bayaran sebanyak 50% daripada jumlah Caj Perkhidmatan diperlukan pada hari yang sama atau sebelum tarikh majlis dilangsungkan.
Pembentangan Awal Hasil Kerja
  • Pelanggan akan menerima pembentangan awal hasil kerja dalam tempoh dua (2) hingga empat(4) minggu daripada tarikh majlis.
  • Sekiranya pelanggan bersetuju dengan pembentangan hasil kerja, hasil kerja berkenaan akan dihantar untuk proses percetakan.
  • Untuk meneruskan proses percetakan, bayaran sebanyak 20% daripada jumlah Caj Perkhidmatan perlu dibayar oleh pihak pelanggan.
Penyerahan Hasil Kerja
  • Pelanggan akan menerima hasil kerja dalam tempoh satu (1) hingga (2) minggu daripada tarikh pengesahan dan bayaran semasa pembentangan hasil kerja.
  • Bayaran baki sebanyak 10% daripada jumlah Caj Perkhidmatan diperlukan sebagai penyerahan hasil kerja.
 
-END OF LINE-
 


No comments:

Post a Comment

Popular Posts