Sunday, February 23, 2014

Family Mockup Album : Majlis Kesyukuran dan Marhabban - Izni Izz Zikri (2014)


Terima kasih kepada Pn. Jue dan En. Izzamuddin atas kepercayaan kepada saya untuk menerbitkan sebuah lagi album keluarga mereka. Kepercayaan ini saya akan jadikan semangat dan iltizam untuk saya maju ke hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada mereka.

Tuesday, February 18, 2014

TIPS FOTOGRAFI : Elakkan mengambil foto ketika subjek sedang makan.

Salam...

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tips yang saya perolehi dan praktiskan sepanjang sesi fotografi. Dahulu ketika di awal penglibatan, perkara ini belum lagi satu ketahui ... saya sering merakamkan foto-foto secara kandid ataupun terancang ketika majlis perkahwinan atau majlis makan tertentu. Ini adalah kesilapan saya kerana kekurangan ilmu, pengalaman dan maklumat ketika itu.

Sebenarnya, subjek tidak menggemari foto dirakam ketika makan atau yang seumpamanya. Biasanya subjek akan cuba berlindung atau mengelak daripada foto mereka dirakam ketika waktu tersebut. Ini jelas terbukti, daripada pemerhatian saya kepada foto-foto lama saya ... terserlah  kebenarannya. Kebiasaannya foto yang diambil ketika itu akan menunjuk beberapa kecatatan atau dalam erti kata sebenarnya.."tidak manis dipandang".

Saya pernah diminta untuk merakamkan secara kandid suasana ketika tetamu sedang menjamu selera. Untuk menjaga sensitiviti ini, saya menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengamatan bagi memastikan foto yang dirakamkan sesuai untuk dipertontonkan. Disinilah pengamatan dan pemasaan (timing) yang tepat perlu dilakukan.

Sebagai fotografer yang prihatin dan bertanggungjawab...seharusnya kita dapat menjaga sensitiviti ini. Dengan sikap ini, ia mampu mewujudkan perhubungan yang baik antara fotografer and mereka di sekeliling anda.

Ini adalah permulaan, banyak lagi yang boleh saya kongsikan kepada anda daripada masa ke semasa. Terima kasih dan selamat beramal. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

Rizal Abd Wahab
Meet me at www.facebook.com/rixalphotography

Monday, February 17, 2014

Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014 @ MATC KLIA.







Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah melaksanakan dengan jayanya program Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014 yang berlangsung di Malaysia Airports Training Center (MATC), KLIA. Kerjasama yang erat antara semua tetamu dan penganjur telah memberikan perjalanan yang baik sepanjang aturcara.

Bersama ini disertakan beberapa rakaman foto untuk perkongsian bersama. Terima kepada rakan jurugambar saya, En. Yusri yang bersama-sama menyumbangkan keringat dan idea sepanjang aturcara dijalankan. Klik di sini untuk FREE PHOTO dan untuk interaksi pantas, anda boleh capai ke www.facebook.com/rixalphotography.

Friday, February 14, 2014

Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014

Salam, terima kasih kepada pihak pengurusan yang memilih kami sebagai jurugambar rasmi bagi aturcara Majlis Makan Malam Pejabat AVSEC 2014. Majlis makan malam ini akan berlangsung pada 14hb Februari 2014 dan bertempat di Malaysia Airport Training Center (MATC), KL International Airport.

Nantikan foto-foto menarik yang bakal kami rakamkan. Semoga terhibur. Sekian, terima kasih.

Popular Posts