Tuesday, February 18, 2014

TIPS FOTOGRAFI : Elakkan mengambil foto ketika subjek sedang makan.

Salam...

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tips yang saya perolehi dan praktiskan sepanjang sesi fotografi. Dahulu ketika di awal penglibatan, perkara ini belum lagi satu ketahui ... saya sering merakamkan foto-foto secara kandid ataupun terancang ketika majlis perkahwinan atau majlis makan tertentu. Ini adalah kesilapan saya kerana kekurangan ilmu, pengalaman dan maklumat ketika itu.

Sebenarnya, subjek tidak menggemari foto dirakam ketika makan atau yang seumpamanya. Biasanya subjek akan cuba berlindung atau mengelak daripada foto mereka dirakam ketika waktu tersebut. Ini jelas terbukti, daripada pemerhatian saya kepada foto-foto lama saya ... terserlah  kebenarannya. Kebiasaannya foto yang diambil ketika itu akan menunjuk beberapa kecatatan atau dalam erti kata sebenarnya.."tidak manis dipandang".

Saya pernah diminta untuk merakamkan secara kandid suasana ketika tetamu sedang menjamu selera. Untuk menjaga sensitiviti ini, saya menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengamatan bagi memastikan foto yang dirakamkan sesuai untuk dipertontonkan. Disinilah pengamatan dan pemasaan (timing) yang tepat perlu dilakukan.

Sebagai fotografer yang prihatin dan bertanggungjawab...seharusnya kita dapat menjaga sensitiviti ini. Dengan sikap ini, ia mampu mewujudkan perhubungan yang baik antara fotografer and mereka di sekeliling anda.

Ini adalah permulaan, banyak lagi yang boleh saya kongsikan kepada anda daripada masa ke semasa. Terima kasih dan selamat beramal. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

Rizal Abd Wahab
Meet me at www.facebook.com/rixalphotography

No comments:

Post a Comment

Popular Posts